Setelah sekian lama….

Saya ingin meminta maaf kepada saudara saudari sekalian kerana telah lama tidak mengemas kini blog Angkatan Muda Keadilan Kuantan ini. Setelah selesai berkempen di Permatang Pauh, saya telah mengharungi komitmen kerja yang macam macam sehingga ia menyebabkan saya tiada masa untuk blog ini.

Dan saya juga amat lega melihat makin banyak bloggers bloggers Pahang telah timbul dan amat aktif dalam penulisan mereka biarpun dari kalangan para “cyber troopers” UMNO, penyokong penyokong Pakatan Rakyat ataupun bloggers bloggers “atas pagar”.  Saya juga ingin memberi jaminan bahawa saya akan lebih kerap mengemas kini blog ini.

 

Salam reformasi kepada semua.

Dennis.

S/U AMK Kuantan

Updates from Malaysia’s current Hottest Warzone, P044 Permatang Pauh

I would like to thank all for coming here as this will be my first update. Ive not written in English for sometime so here it is to all my Malay, chinese , Indian, Iban , Kadazan , Dayuh and other brothers. Salam sejahtera and assalamualaikum.

 

This is real hot. The place, atmosphere, emotion. I am not kidding but you can check anwaribrahimblog.com for the videos of the nomination day. On page 2. We felt like we are the government while the BN are the opposition.We had almost 100,000 of people with people covering the road from outside as far as 5km till the nomination hall.. The BN had to fork out money to Umno people and not many MCA , MIC, or Gerakan people attended. They had almost 5,000 people which is quite weak but respect for not denying the facts that they are the underdogs. Most people said the BN candidate is well liked but bear in mind, he is from that camp, the one that raises petrol price to rm2.70. the best he can do is serve his people but still cant take away the people’s burden.

 

He will be a normal parliament member obeying to top UMNO leaders. While Dato Seri Anwar Ibrahim is a former prime minister, education minister, finance minister, and some other minister post and he is running for the parliament seat as he rushes to save the country from going down further to the drain with corruption, rising fuel price, goods prices, sodomy allegations by saifool, and many more. We shall change this.

 

PERMATANG PAUH I AM CONFIDENT YOU ARE WITH OUR FIGHT. LETS BRING DATO SERI TO PUTRAJAYA. WE WILL ESCORT HIM FROM PERMATANG PAUH. HIS OWN KAMPUNG. LETS GO!

 

UNDILAH KEADILAN UNTUK BERADA DI PIHAK YANG BENAR MACAM DATO FAUZI ABDUL RAHMAN.

 

KEADILAN UNTUK SEMUA.

MAKKAL SAKTHI.

SALAM PERJUANGAN.

 

REFORMASI REFORMASI REFORMASI!

 

 

PS. CHECK THE VIDEO FROM MALAYSIAKINI ON THE NOMINATION DAY AND WITNESS NON BIAS NEWS. CHECK OUT SKUAD AMK PAHANG(US) SINGING!

PROGRAM CERAMAH UMUM DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI BENTONG

Salam sejahtera saudara saudari sekalian. Setelah sekian lama selepas saya tidak “update” blog ini, hari ini saya akan menceritakan sedikit ceramah umum Ketua Umum Parti kita di Bentong. Ceramah yang dihadiri oleh kira kira 10,000 orang dari lapisan kaum melayu cina dan india bersabar mendengar dengan teliti ceramah Dato Seri. Mereka tidak sedikit pun berganjak walaupun terdapat kesilapan teknikal PA Sistem selama setengah jam. Kedengaran suara suara seperti ” Jangan cabar rakyat! ” didengari apabila “blackout” secara tiba tiba semasa Dato Seri Anwar Ibrahim tengah berucap. Angkatan Muda Keadilan Kuantan mendapat tanggungjawab yang amat penting utk program ini iaitu menjaga keselamatan penceramah penceramah dan juga menjadi pasukan “escort” Dato Seri Anwar Ibrahim dari rumah rehat di Taman Kolej ke tapak ceramah. Saya juga amat gembira kerana dapat bersalaman dengan idola kami. Ceramah mendapat sambutan hangat dari rakyat rakyat Bentong dari lapisan semua kaum. Kita bekerja menampal poster dan memberi risalah mengajak rakyat rakyat Bentong ke ceramah tersebut dan kebanyakan daripada orang Cina di Bentong memberi sokongan padu kepada pasukan kami. Ini merupakan satu petanda yang baik, di mana Bentong merupakan kubu kuat MCA , iaitu kawasan Parlimen ahli Parlimen Bentong dan juga Menteri Kesihatan sekarang, Dato Liow Tiong Lai. Dato Seri berucap dan tetap menyatakan pendiriannya bahawa dia difitnah oleh pihak kerajaan mengenai kes liwat dan juga berkata bahawa perjuangan untuk ke parlimen beliau masih belum selesai. Beliau tetap akan bertanding jika ditahan dan disumbat ke dalam penjara macam kes bodoh 10 tahun yang lalu. Saya kini berada di Taman Tun Dr Ismail bersama pasukan pasukan dari Permatang Pauh berbincang tentang kedudukan AMK Pahang dan juga PKR Pahang di medan peperangan kita nanti. Selepas mesyuarat ini, kami akan bertolak ke Pejabat Keadilan Rakyat di Tropicana untuk satu lagi mesyuarat bersama pimpinan tertinggi parti. Selepas mesyuarat, saya bersama Saudara Karim , Hatta , Khairul ( AMK Kuala Lipis) , Din Mulut (AMK Bentong) akan bertolak ke Permatang Pauh dan meninjau Rumah Pahang yang telah sedia ada dan juga kawasan kawasan di sekeliling. Kepada rakan rakan di Pulau Pinang, saya akan bertugas di Dun Penanti. Jika saudara saudari ingin berjumpa dan menolon secara sukarela, sila contact saya di dennisthecrusader@gmail.com. Sekian, Harap Maklum. Dan juga sebelum itu, sebagai tradisi di blog ini, saya akan sertakan gambar gambar kami di Program Ceramah Umum Dato Seri Anwar Ibrahim di Bentong tempuh hari.

Kenyataan Media : Parti KeADILan Rakyat Bahagian Kuantan

Pihak Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan dengan ini menyatakan bahawa Ceramah Umum yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 19hb Julai 2008 seperti yang telah dirancangkan. Program ini akan bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Kg Razali, Kuantan.
Kami mengucapkan kesyukuran di atas pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, 17hb Julai 2008. Kami mendoakan semoga beliau dalam keadaan sihat sejahtera.
Program ini akan dihadiri oleh tetamu dari Pakatan Rakyat antaranya YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota), YB Hajjah Fuziah Salleh (MP Kuantan), Dr Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), YB Anthony Loke Siew Fook (MP Rasah), YB Azmin Ali (MP Gombak) dan tetamu utama Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Program ini telah dirancang untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa yang melandai lanskap politik negara. Kami merasakan program ini perlu dihadiri oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira ras bangsa atau agama terutamanya di Kuantan dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik mutakhir ini.
Sekali lagi, pihak kami memanjangkan jemputan ini kepada semua masyarakat untuk hadir bagi menyatakan komitmen mereka bagi perubahan masa depan yang lebih cemerlang.

Encik Siew Fook Chan
Pengerusi Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Kuantan
17hb Julai 2008

Ceramah Perdana Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan juga ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook di Markas Pas Kampung Razali Batu 4.

Tempat: Markas Pas Kampung Razali

Tarikh: 19 Julai 2008

Masa: 9pm – 12pm

saudara YB Azmin Ali dan saudara YB Anthony Loke juga akan berceramah.

YB Kuantan, Pn Fuziah Salleh juga akan hadir.

Minta perhatian kepada AMK Pahang yang lain, dari bahagian bahagian berdekatan, jika ada masa lapang sila turunlah untuk menolong. AMK bahagian kita akan bertugas pada malam tersebut. sekian harap maklum.

Jika ada pertanyaan sila menghubungi saya

0169309535(Dennis)

prodip05@yahoo.com (YM Id)

Debat Minyak antara Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahli Parlimen Kemaman Dato Ahmad Shabery Cheek.

Akan diadakan siaran langsung debat “Jadi Kerajaan Pusat hari ini, Turun Harga Minyak esok”

di Astro Awani Channel 501 dan juga tv9. Manakala tv3 menarik diri pada ‘last minit’

Masa : 9malam.

Tempat: Depan kaca TV anda.

Tarikh: 15 Julai 2008

Program Pakatan Rakyat Pahang Menyerah Memorandum Bantahan Menaikkan Harga Minyak Petrol

Salam sejahtera semua. Saya mewakili Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan ingin menjemput saudara saudari yang menggunakan kenderaan kenderaan yang menggunakan petroleum untuk menyertai kami dalam program menyerah Memorandum Bantahan kepada Kementerian Hal Ehwal dan Pengguna di alamat berikut :

Tingkat 4, Wisma Persekutuan,

Jalan Gambut, 25000, Kuantan

Berkumpul pada pukul 9.00pagi pada 6-6-2008 di pintu depan Wisma Persekutuan. Sila datang lebih awal untuk menandatangani memorandum bantahan tersebut untuk menunjukkan ketidakpuashatiaan rakyat rakyat jelata. Inilah padah mengundi kerajaan yang gila kuasa dan gila makan duit rakyat. Kepada rakyat rakyat yang tidak menggunakan minyak petroleum seperti beca dan basikal juga dijemput hadir. Lawan tetap Lawan!

AMK Kuantan turun padang untuk mengambil aduan para pekedai Jalan Gambut.

Salam sejahtera semua dan harap saudara saudari sihat sihat belaka.

Petang tadi, saya , Dennis bersama Ketua AMK Kuantan , Saudara Kamarul Hatta telah melawat dan berwawancara pendek dengan para pekedai di Jalan Merdeka dan Jalan Gambut. Pihak MPK telah bertindak menutup jalan di beberapa kawasan di bandar Kuantan tetapi di Jalan Gambut dan Jalan Merdeka, jalan telah ditutup 24jam. Para pekedai membantah plan percubaan oleh pihak Majlis Perbandaran terhadap plan penutupan jalan. Kita telah berjaya mengumpul sebanyak 17 aduan dari para pekedai. Saya telah dihubungi melalui telefon oleh kawan kawan di kawasan Air Putih dan Semambu yang banyak ingin membuat aduan. Pihak MPK cuba mengurangkan kesesakan jalan di bandar Kuantan tetapi tidak sedar bahawa mereka tidak menyenangkan rakyat Kuantan malah lebih menyusahkan para peniaga di Jalan Gambut. Satu sidang media bersama akhbar Bahasa Cina telah dilakukan oleh bekas calon Dun Teruntum dan juga merangkap Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan telah diadakan semalam. Gambar gambar dan juga aduan aduan pekedai telah disuarakan oleh media tetapi tidak dipedulikan pihak MPK. Pihak wartawan telah menelefon pihak MPK tentang artikel mereka di surat khabar hari ini tetapi telah dijawap dengan angkuh oleh pihak MPK bahawa tiada sebarang aduan secara bertulis telah dilakukan oleh pihak pekedai maka tiada pihak pihak yang tidak berpuas hati. Sikap seperti ini tidak boleh lagi diterima oleh rakyat rakyat kerana rakyat yang membayar gaji kepada pihak mereka untuk memberi servis dan khidmat untuk rakyat. Kita telah berkumpul sekali lagi pada hari ini untuk mendapat aduan aduan rakyat di Jalan Gambut mengenai plan penutupan jalan selama 24jam.  Kita menjangka akan mendapat sebanyak 100 aduan daripada rakyat rakyat di sekitar bandar Kuantan. Saya juga telah menyertakan gambar gambar di tempat kejadian seperti ini.

 

 

 

Kunjungan AMK Bahagian Kuantan ke Sidang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.

Salam Sejahtera semua. Kita bertemu lagi di alam siber ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi datang ke laman siber AMK Kuantan yang masih lagi baru dan bebas daripada “design design” canggih yang akan kita masukkan nanti.

Pada hari Isnin(19/5/08) yang lepas saya bersama beberapa ahli PKR Kuantan iaitu Saudara Pak Dol(Ketua JKM Tanjung Lumpur), Saudara Kamarul Hatta(Ketua AMK Bahagian Kuantan dan merangkap Timbalan Ketua AMK Negeri Pahang),Saudara Alang(Timbalan Ketua AMK Bahagian Kuantan dan merangkap ACU AMK Negeri Pahang) dan juga saya sendiri, Dennis ( sukarelawan di Pusat Khidmat PKR Kuantan) telah menghadirkan diri di sidang Dewan Rakyat Parlimen Malaysia atas jemputan Ahli Parlimen Kuantan,YB Fuziah Salleh. Dengan penuh semangat dan segak berpakaian kot dan pakaian ‘formal’, kita sampai amat awal di parlimen. Lebih kurang dalam jam 9. Sebelum ahli ahli parlimen bersidang, kita juga telah dipelawa oleh YB Fuziah untuk bersarapan di Kafeteria Parlimen. Makanan yang dihidangkan amat sedap. Ia merupakan salah satu pengalaman yang sangat manis bagi saya dan juga beberapa lagi ahli PKR Kuantan yang melawat Parlimen Malaysia bersama saya. Tidak selalu kita berpeluang berpakaian segak dalam kot dan pakaian ‘formal’. Saya juga berpeluang berborak dengan idola idola saya seperti Ahli Parlimen Kepong, Saudara Dr Tan Seng Giaw(Calon Tuan Speaker Pihak Pembangkang), Ahli Parlimen Gombak, Saudara Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu, Saudara Tian Chua, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng.

Itu sahaja yang ingin saya sampaikan kepada saudara saudari sekalian di dalam POST ini. Memang satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai saya menutup mata. Juga ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh yang mempelawa kami ke parlimen. Sebelum saya menghabiskan post ini, saya telah sertakan sekali gambar gambar lawatan kami di parlimen tempoh hari.

Makkal Sakthi!

Lawan Tetap Lawan!

Laporan Polis Terhadap Kes VK Lingam di Balai Polis Kuantan oleh AMK Pahang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para reformis semua. Saya sebagai wakil AMK Kuantan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat laman siber kita yang baru ini.

Pada hari Sabtu, 24/05/2008, Angkatan Muda Keadilan Pahang yang diwakili oleh Saudara Kamarul Hatta selaku Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuantan dan Saudara Saravanan,Exco Angkatan Muda Pusat bersama AMK Pahang dan juga AIC Pahang telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Diraja Kes VK Lingam supaya siasatan kes itu tidak tertangguh dan dilakukan siasatan dengan segera. Angkatan Muda Keadilan dan AIC Pahang berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 30 orang ahli ahli untuk menyertai program kita pada hari Sabtu lepas. Saudara Kamarul Hatta yang juga Ketua AMK Bahagian Kuantan dan Merangkap Timbalan Ketua AMK Pahang telah mendesak siasatan segera harus dilakukan terhadap kes ini. Kerana kes ini melibatkan sistem kehakiman negara dengan penglibatan profil profil tinggi. Jikalau kes ini tidak disiasat segera,besar kemungkinan rakyat pasti akan mengatakan ketirisan akan berlaku. “Alhamdullilah tiada FRU dan gas pemedih mata yang digunakan oleh pihak polis terhadap kami” kata Saudara Hatta yang pernah dibasahi dengan air kimia dan gas pemedih mata sewaktu perarakan BERSIH ke Istana Negara tempoh hari. Sila hayati gambar gambar program kita hari Sabtu lepas di bawah. Sekian harap maklum.

Lawan tetap lawan.

Cegah sebelum parah, ubah demi maruah!

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA.

REFORMASI!

Greetings to all netizens and thanks for taking your time off to visit us at our brand new site. I on behalf of Keadilan Youth would like to express our sincere appreciation for visiting us here.

On a bright Saturday, 24/05/2008, Keadilan Youth Pahang Division represented by Mr.Saravanan who is the Exco Member of Keadilan Youth Malaysia and also Mr.Kamarul Hatta who holds the position of the Vice-Chief of Keadilan Youth Pahang and also Keadilan Youth Kuantan Chief together with members of Keadilan Youth Kuantan and Anwar Ibrahim Club(AIC) Pahang submitted a police report towards the Royal Commision of Enquiry for VK Lingam case. They urged the Royal Commision to speed up the investigation of the case. Keadilan Youth Pahang and AnwarIbrahim Club(AIC) Pahang managed to gather around 30 members to join them for this program. Mr Kamarul Hatta also said that the urgent need to speed up the investigation as this case involved high profile members of Malaysian society.If this case kept getting postponed, the citizens of Malaysia will start to think that there will be future mishandling of the case and corruption will again take place.He also Praised God Almighty for blessing the program and the police force did not bring in any Federal Reserve Unit(FRU) members armed with teargas, water cannon, and etc to disperse the 30 members that participated in the program in front of the Kuantan Police Station.Mr Hatta,the Keadilan Kuantan Youth Chief experience police brutality and misabuse of power during the Bersih Rally for Clean and Free Election towards the King’s Palace. Have fun enjoying the pictures below and till we meet next on our next post. Take care and may god bless you and your people!

Makkal Sakthi!